Sunday 31 July 2011

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam









Salam semua..


Seperti yang kita kita semua sedia maklum bahawa bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi.. Jadi dah semestinya semua orang Islam diwajibkan berpuasa bagi melengkapkan rukun Islam yang ke 3. Ha macam biasa la bila sebut pasal puasa je mesti sinonim dengan kurma. Ha kurma tu kesukaan aku kalau nak tahu.. :) Ha dah, ingatan aku sama-sama lah kita semua melengkapkan rukun Islam yang ke 3 tersebut. Heheh..


Ha nak cerita ,, nampak gayanya puasa kali ni terpaksalah aku lalui bersama kawan2 kat sini.. Fuh bestnye dapat sahur, berbuka puasa kat rumah eak? Apa kan daya....hahha nak cerita pengalaman aku berpuasa bersama kawan2? Hah xpayah la.. Isu sensetif tuh.. Huhuhu... Jadi harapan aku harap2 kita semua dapat lebih mendekatkan diri kepadaNya la. Bukan time bulan puasa je, tapi pada masa2 yang seterusnya juga. Insyaallah..


Pernah tak kita terfikir, macam mana lah saudara2 kita yang beragama Islam kat Timur Tengah yang sekarang ni sedang bergolak nak berpuasa pada bulan Ramadhan ni? Hummm macam mana lah dorang sahur? Apa yang dorang makan? Berbuka macam mana? Dengan keadaan negara yang kacau bilau macam tu? Humm kesian.. Tak usah cakap pasal negara bergolak la. Ha cakap pasal Somalia je yang dah tak ada sumber makanan tu ha.. Kesian, nak makan pun berharap pada bantuan makanan yang kadang2 ada kadang2 tak ada. Kalau ada pun, cukup ke? Tak cukup tahu? Sedang kita bersahur, berbuka dengan lauk yang sedap2 belaka, dorang kat sana makan nasi putih je yang ntah bersih ke tak. Hurm apa yang mampu kita lakukan? Kita cuma boleh tengok je la.. Mulut ternganga... Ha jadi kita ni ha kena bersyukur. Tak payah la nak demand macam2.. Nak berbuka wajib ada ayam percik, kuih muih berbagai bagai tu ha.. Syukur je la apa yang ada. Bersederhana tu lagi baik bukan? Heheh..Syukur lahhhhhhh...


Sempena Ramadhan ni, meh aku share something sikit okey?


1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

2. Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
3. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

4. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."








Penerangan Hadis
  1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah
  2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.



Friday 22 July 2011

Selamat tinggal JB

Salam semua. Hurm hari ni hari sabtu bersamaan 23 julai. Owh esok.? Ahad la 24 julai tarikh dimana aku akan kembali ke Melaka. Ha biasa la cuti seminggu ni macam 2 3 hari je. Pejam celik dah hari ahad. Haha isnin ni dah naik kelas dah. Huh, kelas, huh.... Apa yang aku buat sepanjang cuti nih..? Jawapannya, rehat.. Gua rehat puas2 bro... Banyak syok wei... Lupa semua kerja2.. Homework bersepah, semua aku lupakan.. Hah aku jadi lupa diri sekejap... *kejap je. aktiviti aku banyak dihabiskan bersama kawan2.. Bile? siang? Tak2.. Malam ler..sampaikan brader kedai makan melayu kat tempat aku tu dah bosan tengok muka aku ngan member aku da..Order sama je.. ahahah...
Tu dengan kawan.. Family? Aku banyak habiskan masa dengan family aku kat rumah je. Boring la jugak. Best kalau cuti ni sedara mara datang ke kan..? Hummmmm, xpela..
Dengan si dia..? Ha dapat la jugak kuar dgn dia semalam, kalau tak dapat, sedih la. Yela, bukan selalu aku ada masa spend untuk dia tau. Hum.. Melaka Jb xkan la setiap minggu nak balik...? heheh.. Hurm lepas ni aku dah jarang balik lah.. Yela, study aku pun kena jaga jugak, tak jaga study, asyik duk bercinta je, xboleh jugak beb, tu anak orang tu nanti nak bagi makan apa? Ulam rumput? Rumput masak lemak cili api..? Hahahah... Ok, kepada si dia, kalau dia baca post ni, i nak mintak maaf kalau ada salah silap i. Hurm lagi apa ea..? ha i kan jauh, u jaga diri baik2 ok..? I love You <3.. Ok.. thats all.. Thank You =))
Salammmmmmm..







Friday 15 July 2011

Cuti pertengahan Semester.

Salam, lama dah aku tinggalkan blog ni. Hurm tak ada masa la post.
Ok kali ni post aku simple je. Pasal cuiti mid sem ni ha. Untuk makluman cuti aku bermula dari 16 hb ni sampai la 24 hb julai ni.. Naik pada 25 hb julai. Huh cuti seminggu,, Lama ke? Tak... Pejam celik, pejam celik dah naik... Perh.. Tapi sekurangnya dapat la jugak aku rehatkan otak aku ni ha yang sebelum ni berserabut  ni. Hurm balik jumpa family, member, n si dia. kehkehkehkeh... Ok thats all. CUTI.. 









Sunday 26 June 2011

Semesta 3 yang sangat memenatkan

Salam semua. Ok kali ni aku nak bercerita sedikit la pasal sem 3 aku ni.. Part 3 la.. Sebelum tu aku nak bagitahu yang sem ni adalah sem pendek iaitu selama hanya 13 minggu sahaja. Kononnya nak buat macam universiti lain lah tu. Ah lantak la.. Ha ni yang aku nak bebel ni pasal penat x penatnye aku sem ni. Sumpah aku tak tipu beb, lepak wei sem ni. Aku sampaikan kadang2 tak cukup tido tahu? Tahu kenapa? Gara2 satu subjek yang aku amek nih ha,, Apa? Law? bukan.... Jauh panggang dari api. Subjek BEL 311. Sebenarnya aku tak lah nak tunding jari ke arah lecturer aku tu 100 peratus beb, cuma di sebabkab subjek tu la aku dan budak2 kelas aku terpaksa tinggalkan sekejap subjek2 lain.. Kerana apa? Kerana nak mencari artikel untuk subjek tersebut.. Hurm aku tahu korang tak faham. Ha mcm ni la, sem ni, subjek bel ni ada satu projek assignment mcm tu la. Kena buat satu essay, Academic Essay... Jadi, lecturer2 bel ni nak students cari 3 ke 4 artikel yang berkaitan dengan tajuk essay yang dipilih sendiri oleh students. Ok, payah la wei nak cari, even nak buat outline pun para pensyarah ni nak tengok artikel... FUH... Mano nak cari..? Internet? bersepah, tapi berkaitan ke? Alasan " we cannot find the articles" sesungguhnya tidak diterima. Hal tu la yang sangat2 membebankan kepala otak- otak kempas student.......
Siapa yang patut dipersalahkan? Pensyarah yang selalu mendesak para pelajar? Atau pelajar sendiri yang kurang usaha dalam hal ni?  Terus terang aku cakap aku tidak menunding jari pada sesiapa ok.. Pensyarah? hurm apa salah dorang? Selalu memaksa? Mendesak? hahah. aku xrasa macam tu la.. Kalau dorang tak desak, ada student nak buat?... Aku jamin tak ada beb... Ha sapa salah ni? student? eah, kan dorang dah usaha teruk kerana hal kecil, iaitu artikel? hah apa lagi,, ? usaha x dihargai? Asyik2 kene reject... Bukan apa, student ni tak tahu nak cari artikel dengan cara yang betul. Tu yang dorang cakap usaha dah giler2. Giler2 punya usaha cari artikel dengan cara yang tidak betul.
IN CONCLUSION,,,,, WHO SHOULD BE BLAME????????????????????????????????



Sekian...