Sunday, 31 July 2011

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam









Salam semua..


Seperti yang kita kita semua sedia maklum bahawa bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi.. Jadi dah semestinya semua orang Islam diwajibkan berpuasa bagi melengkapkan rukun Islam yang ke 3. Ha macam biasa la bila sebut pasal puasa je mesti sinonim dengan kurma. Ha kurma tu kesukaan aku kalau nak tahu.. :) Ha dah, ingatan aku sama-sama lah kita semua melengkapkan rukun Islam yang ke 3 tersebut. Heheh..


Ha nak cerita ,, nampak gayanya puasa kali ni terpaksalah aku lalui bersama kawan2 kat sini.. Fuh bestnye dapat sahur, berbuka puasa kat rumah eak? Apa kan daya....hahha nak cerita pengalaman aku berpuasa bersama kawan2? Hah xpayah la.. Isu sensetif tuh.. Huhuhu... Jadi harapan aku harap2 kita semua dapat lebih mendekatkan diri kepadaNya la. Bukan time bulan puasa je, tapi pada masa2 yang seterusnya juga. Insyaallah..


Pernah tak kita terfikir, macam mana lah saudara2 kita yang beragama Islam kat Timur Tengah yang sekarang ni sedang bergolak nak berpuasa pada bulan Ramadhan ni? Hummm macam mana lah dorang sahur? Apa yang dorang makan? Berbuka macam mana? Dengan keadaan negara yang kacau bilau macam tu? Humm kesian.. Tak usah cakap pasal negara bergolak la. Ha cakap pasal Somalia je yang dah tak ada sumber makanan tu ha.. Kesian, nak makan pun berharap pada bantuan makanan yang kadang2 ada kadang2 tak ada. Kalau ada pun, cukup ke? Tak cukup tahu? Sedang kita bersahur, berbuka dengan lauk yang sedap2 belaka, dorang kat sana makan nasi putih je yang ntah bersih ke tak. Hurm apa yang mampu kita lakukan? Kita cuma boleh tengok je la.. Mulut ternganga... Ha jadi kita ni ha kena bersyukur. Tak payah la nak demand macam2.. Nak berbuka wajib ada ayam percik, kuih muih berbagai bagai tu ha.. Syukur je la apa yang ada. Bersederhana tu lagi baik bukan? Heheh..Syukur lahhhhhhh...


Sempena Ramadhan ni, meh aku share something sikit okey?


1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

2. Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
3. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

4. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."








Penerangan Hadis
  1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah
  2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.



Friday, 22 July 2011

Selamat tinggal JB

Salam semua. Hurm hari ni hari sabtu bersamaan 23 julai. Owh esok.? Ahad la 24 julai tarikh dimana aku akan kembali ke Melaka. Ha biasa la cuti seminggu ni macam 2 3 hari je. Pejam celik dah hari ahad. Haha isnin ni dah naik kelas dah. Huh, kelas, huh.... Apa yang aku buat sepanjang cuti nih..? Jawapannya, rehat.. Gua rehat puas2 bro... Banyak syok wei... Lupa semua kerja2.. Homework bersepah, semua aku lupakan.. Hah aku jadi lupa diri sekejap... *kejap je. aktiviti aku banyak dihabiskan bersama kawan2.. Bile? siang? Tak2.. Malam ler..sampaikan brader kedai makan melayu kat tempat aku tu dah bosan tengok muka aku ngan member aku da..Order sama je.. ahahah...
Tu dengan kawan.. Family? Aku banyak habiskan masa dengan family aku kat rumah je. Boring la jugak. Best kalau cuti ni sedara mara datang ke kan..? Hummmmm, xpela..
Dengan si dia..? Ha dapat la jugak kuar dgn dia semalam, kalau tak dapat, sedih la. Yela, bukan selalu aku ada masa spend untuk dia tau. Hum.. Melaka Jb xkan la setiap minggu nak balik...? heheh.. Hurm lepas ni aku dah jarang balik lah.. Yela, study aku pun kena jaga jugak, tak jaga study, asyik duk bercinta je, xboleh jugak beb, tu anak orang tu nanti nak bagi makan apa? Ulam rumput? Rumput masak lemak cili api..? Hahahah... Ok, kepada si dia, kalau dia baca post ni, i nak mintak maaf kalau ada salah silap i. Hurm lagi apa ea..? ha i kan jauh, u jaga diri baik2 ok..? I love You <3.. Ok.. thats all.. Thank You =))
Salammmmmmm..







Friday, 15 July 2011

Cuti pertengahan Semester.

Salam, lama dah aku tinggalkan blog ni. Hurm tak ada masa la post.
Ok kali ni post aku simple je. Pasal cuiti mid sem ni ha. Untuk makluman cuti aku bermula dari 16 hb ni sampai la 24 hb julai ni.. Naik pada 25 hb julai. Huh cuti seminggu,, Lama ke? Tak... Pejam celik, pejam celik dah naik... Perh.. Tapi sekurangnya dapat la jugak aku rehatkan otak aku ni ha yang sebelum ni berserabut  ni. Hurm balik jumpa family, member, n si dia. kehkehkehkeh... Ok thats all. CUTI.. 









Sunday, 26 June 2011

Semesta 3 yang sangat memenatkan

Salam semua. Ok kali ni aku nak bercerita sedikit la pasal sem 3 aku ni.. Part 3 la.. Sebelum tu aku nak bagitahu yang sem ni adalah sem pendek iaitu selama hanya 13 minggu sahaja. Kononnya nak buat macam universiti lain lah tu. Ah lantak la.. Ha ni yang aku nak bebel ni pasal penat x penatnye aku sem ni. Sumpah aku tak tipu beb, lepak wei sem ni. Aku sampaikan kadang2 tak cukup tido tahu? Tahu kenapa? Gara2 satu subjek yang aku amek nih ha,, Apa? Law? bukan.... Jauh panggang dari api. Subjek BEL 311. Sebenarnya aku tak lah nak tunding jari ke arah lecturer aku tu 100 peratus beb, cuma di sebabkab subjek tu la aku dan budak2 kelas aku terpaksa tinggalkan sekejap subjek2 lain.. Kerana apa? Kerana nak mencari artikel untuk subjek tersebut.. Hurm aku tahu korang tak faham. Ha mcm ni la, sem ni, subjek bel ni ada satu projek assignment mcm tu la. Kena buat satu essay, Academic Essay... Jadi, lecturer2 bel ni nak students cari 3 ke 4 artikel yang berkaitan dengan tajuk essay yang dipilih sendiri oleh students. Ok, payah la wei nak cari, even nak buat outline pun para pensyarah ni nak tengok artikel... FUH... Mano nak cari..? Internet? bersepah, tapi berkaitan ke? Alasan " we cannot find the articles" sesungguhnya tidak diterima. Hal tu la yang sangat2 membebankan kepala otak- otak kempas student.......
Siapa yang patut dipersalahkan? Pensyarah yang selalu mendesak para pelajar? Atau pelajar sendiri yang kurang usaha dalam hal ni?  Terus terang aku cakap aku tidak menunding jari pada sesiapa ok.. Pensyarah? hurm apa salah dorang? Selalu memaksa? Mendesak? hahah. aku xrasa macam tu la.. Kalau dorang tak desak, ada student nak buat?... Aku jamin tak ada beb... Ha sapa salah ni? student? eah, kan dorang dah usaha teruk kerana hal kecil, iaitu artikel? hah apa lagi,, ? usaha x dihargai? Asyik2 kene reject... Bukan apa, student ni tak tahu nak cari artikel dengan cara yang betul. Tu yang dorang cakap usaha dah giler2. Giler2 punya usaha cari artikel dengan cara yang tidak betul.
IN CONCLUSION,,,,, WHO SHOULD BE BLAME????????????????????????????????



Sekian...



Monday, 13 June 2011

Terima Kasih Kepada Si Dia



Salam semua. Hurm dah lama aku tak update blog aku nih ha. Dah ada sawang dah ni ha..
Untuk post kali ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada si dia. Diulangi,, RIBUAN TERIMA KASIH ok? Hahahak. Kenapa terima kasih? kerana dia menerima aku seadaanya aku, segala kekurangan yang aku miliki. Dia juga cuba untuk memenuhi segala kekurangan aku itu. Thanks sangat kepada dia..Biasa la, dalam sesuatu hubungan tu mesti la saling melengkapi kan,? Tak kira la hubungan adik beradik ke kawan ke, percintaan ke dan sebagainya la senang cerita. Huhu.. 
Dia seorang yang memahami keadaan aku, ye tu adalah satu fakta. Segala kekurangan aku dia terima dan faham. Aku bukanlah seorang yang sempurna , tapi aku harap aku dapat jadi yang terbaik untuk dia. Hurm lagipun biasa la, aku ni busy sikit, jadi dia faham keadaan aku bila aku tak dapat spend time dengan dia. Ye aku jauh dari dia, balik pun jarang. Tapi dia faham. 
Tapi baru2 ni aku balik JB jumpa dia, hhahah mak datok first date nervous mcm nak giler wei.. Sumpah tak tipu. Tapi yang aku paling suka, kejap je aku sesuaikan diri dgn dia walaupun first jumpa. Again,, FIRST DATING ..ahahha ye,, aku belum jumpa dia sebelum nih.. hehehk. Dapat juga jumpa dia.. <3 so nice bagi aku la...
Hurm suatu hari nanti aku nak jadi yang terbaik untuk dia. Tu janji aku. Tapi sebelum tu, biar la aku utamakan family aku dulu, baru dia. Sebab kerana family aku la yang telah meletakkan aku pada kedudukan sekarang ni. Akan datang, aku akan balas semua tu. Dan untuk si dia, aku akan tunaikan semua janji aku. Sekali lagi TERIMA KASIH si dia...I hope that our relationship will last forever .. 
<3


p/s: Ribuan terima kasih untuk si dia, Tapi jutaan terima kasih kepada mak ayah aku ye.. <3







Wednesday, 1 June 2011

Adinda Evans???

Salam readers.
Ok baru-baru ni aku dapat tahu satu kisah Adinda Evans yang sekarang ni hangat diperkatakan sekarang ni melalui blog la.. Haish teruk seyh.Terkejut jugak aku bila ramai blogger2 update pasal hal ni..Siapa Adinda Evans ni sebenarnya?. Korang nak tahu kenapa?


* Maaf.. gambar aku tak nak upload ye demi menjaga maruah si Adinda Evans ni. Kalau blogger lain nak upload, suka hati dorang la, tapi aku tak ye..Harap maklum*


Ni adalah kata2 dari Adinda Evan di dalam blog yang menggunakan nama Blog Adinda :


"ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)"


Kenyataan di atas ni diambil dari blog beliau sendiri. Ini lah kenyataan si Adinda Evans ni. Apa pun kita tak boleh sesuka hati melabelkan dia sebagai bohsia or whatsoever la sebab ye la kita tahu kan, sumber ni dari blog. Tanpa sebarang bukti yang kukuh kita tidak boleh sesuka hati melabelkan dia sebagai teruk, bodoh, tak tahu malu dan sebagainya. Korang sendiri tahu kan dunia IT ni macam mana.? Bila aku positifkan hal ni, ok ntah2 ada la orang dengki dia, orang hack email dia then buat kenyataan macam tuh. Whatever.  God Only Know.


Ye sebagai masyarakat Malaysia, aku memang akui la kadang2 kan susah nak percaya perempuan zaman sekarang ni. Tapi apa nak hairan? Perkara macam ni dah jadi kebiasaan dalam hidup kita. Memang betul dalam Islam, isu dara itu bukan satu kewajipan dalam sesuatu perkahwinan. Tapi bagi lelaki di Malaysia ni la eak, korang nak ke kahwin dengan perempuan dah tak dara ni? Hehehe apa syok... betul tak? Longgar.. Mind set lelaki terhadap perempuan yang dah tak dara yang nak dijadikan isteri ni macam ni tau sebenarnya. "Ok, dia dah tak dara, orang lain dah rasa bini aku sebelum aku. Apa kejadahnya ni???".. Lelaki mana ada yang nak kahwin dengan perempuan yang dah tak dara ni? Kalau ada pun tak ramai. Kalau lelaki tak suka macam tu, kenapa lelaki jugak la yang merosakkan perempuan? Kan pelik kan masyarakatt kita sekarang. Mungkin disebabkan zaman sekarang terlalu urban sangat agaknya. Masyarakat mula terikut-ikut barat yang kononnya open minded. Otak ko la...


Hah, kan aku dah bebel. Ok la apa pun bagi perempuan yang masih dara di luar sana tu, pertahankan lah maruah anda. Bila dah terlanjur, jangan la teruskan lagi. Kadang2 kan orang perempuan yang jadi bohsia ni sebenarnya bukan mereka yang nak tau. Ada segelintir daripada mereka ni mungkin ada kisah silam. Mungkin pernah dirogol dan sebagainya. Jadi mereka ni merasakan bahawa diri mereka sudah tiada maruah. So apa lagi? Teruskan la. Main sana main sini (Nazri!!!,,kelucahan di sini ye) Sorry to says but this is the truth..
Dalam sedar tidak sedar, hidup kita dikelilingi oleh golongan sedemikian. 


Akhir kata dari aku, jaga lah maruah anda wahai kaum wanita. Itu saja la yang anda ada tahu..? Lelaki ni lain, buat tak nampak apa2 kesan? Kalau perempuan, sekali kena, hilang la dara anda selamanya. Sapa mau tanggung? gua mau tanggung apa? Lu olang tanggung la....... Iyaaaaaaaaaaahhhhhh. 
SALAM



Tuesday, 31 May 2011

Duit oh duit



Salam semua. Duit tu apa benda? Hah kalau nak tahu, duit ni la yang menentukan cara hidup kita pada zaman sekarang ni. Zaman sekarang semua duit, duit duit... Tak habis2. Tengok mata mamat kat atas ni , mata pun ley jadi duit. Hahahah.... Tanpa duit anda papa kedana beb. Tapi bila berduit tu ingat2 la ye? Simpan sikit2. Jangan jadi macam aku ni. Time ada duit, fuiy... Time tengah sangkak? Mampiuh.... Ye sekarang aku tengah sangkak lah nih. Haduy.. pening kepala aku wei. Tu la Nazri, lain kali simpan duit ye?
Tapi macam mana aku simpan duit? Apa cara yang betul untuk simpan duit? Ntah la aku sendiri pun tak tahu...Ada sesiapa di luar sana boleh membantu? Komen lah dan berikan pandangan anda ya?

Sekian Terima Kasih........





Jeng3 Jeng

Salam semua... Apa khabar anda semua?  Harap semua berada dalam keadaan baik sihat sejahtera hendaknya. Ada yang tertanya2 sama ada aku ni single ke taken ? Hah untuk post kali ni aku nak buat satu pendedahan berani mati la. Bagi pihak2 yang ada kurang senang dengan post ini, aku minta maaf ye..? =)) peace no war..




 Hah, siapa gerang si dia ni.? Hah ni la gf aku. Nama penuh si dia ni Nur Fasiha bte Mustapha
Bila dipendekkan panggil Siha je la. Berasal dari Johor Bahru dekat je dengan rumah aku. So senang kalau nak jumpa dia. Bila aku nak cerita macam mana we all boleh berkenalan, hahaha memang kelakar la, dan pada aku itu semua kenangan yang aku akan ingat sepanjang hidup aku la. Teruskan lah membaca ye..


Berikut adalah tarikh serta peristiwa2 yang berlaku sepanjang perkenalan aku dan dia sampai la sekarang :

1. Selepas aku clash dgn ex aku yang lama lebih kurang 2 bulan la, aku mula kenal dengan Fasiha. Ok, aku minta no dia. Hehehe. =))

2. Pada 5.3.2011 aku beritahu dia semua tentang diri aku dan sikap aku terhadap perempuan. Dia pun begitu juga dan aku faham.

3. Pada 15.3.2011 aku mula luahkan perasaan aku pada dia. Hehehe. jiwang2.. Ah, peduli apa aku, aku boss blog ni, suka hati aku la... =))  Tapi tu la dia akan menduduki SPM tahun ni, jadi dia minta aku faham. Aku pun tak nak ganggu pelajaran dia. Jadi aku tak declare lagi la. Aku janji tunggu dia sampai dia habis SPM , and then baru la aku declare.

4. Kitorang terus berhubung melalui phone . Boleh katakan kerap la ber sms. hahaha. Baik declare teruskan?

5. 9.4.2011 aku beritahu dia yang aku ni kuat jeles. Haahhahahahaha

6. Peristiwa 17.4.2011 welcome to my life. <3

7. Hah yang ini tarikh penting. 22.4.2011 maka aku pun declare la dengan dia. Dah xsabar sgt nk tunggu sampai dia SPM punya pasal la nih.Hahahahaha.


Maka hubungan pun kami sampai la sekarang ni ok je. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. AMIN




Apa yang aku suka tentang dia?


Korang nak tahu kan kenapa dia ? bukan orang lain..? Dan apa yang aku suka tentang dia?

1. Dia seorang yang simple. Kalau keluar tak make up pun. Tapi tetap cantik pada aku. =)

2. Dia seorang yang memahami. Contohnya rokok. Aku memang seorang perokok. Tapi dia tak ada la nak suruh aku berhenti mendadak. Dia minta aku berhenti sikit2 lama jadi bukit. I like.

3. Aku rasa tenang lak dengan dia. Ntah, aku rasa cepat sesuaikan diri dengan dia. Kira aku selesa la bila bersama dia.

4. Pandai pujuk. Ni yang paling best. Hahah kadang2 aku sengaja je buat2 merajuk nak tengok dia ni pandai tak pujuk. Owh pandai rupanya.

5.Pandai amek hati aku. Haah, dia memang seorang yang pandai ambil hati aku. Tak tahu la dia ampu je ke atau saja nk pujuk. hahahah

6. Ni aku nak cakap suka sangat pun tak boleh jugak. Dia suka kenakan aku. Haishhh, geram. tapi bila aku cuba positifkannya , aku menganggap semua itu sebagai satu hiburan sahaja. =)


Haha itu la tadi sedikit sebanyak tentang dia yang aku kenal. Harap dia tak berubah pada masa akan datang. Siapa dia yang aku kenal sekarang , dia jugalah yang aku kenal pada masa akan datang..


Sekian Terima Kasih...............







Saturday, 28 May 2011

Ketawa sampai lebam

Salam semua. Hah korang pernah tengok cerita 300 tak? Dia punya hero Gerard Butler tu la.



Cerita 300 yang diterbitkan pada tahun 2006 ni sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah novel berjudul 300 oleh penulisnya Frank Miller. Filem arahan Zack Snyder ni mengisahkan 300 orang tentera Sparta atau Spartan yang pergi berperang dengan tentera2 daripada negara lain demi maruah meraka. Tengok, 300 je beb. Lawan beribu2. Kalau aku pun dah goyang dah.. Hah tapi bukan yang ni aku nk post. Tapi aku nak share pasal satu filem ni yang seolah olah menyindir 300 ni tetapi dalam bentuk lawak komedi . Filem apa? Hah Meet the Spartans. Filem ini diterbitkan pada 2008 dan pengarahnya ialah Jason Friedberg dan Aaron Seltzer. Hahah... Filem nih dah lama dah keluar, cuma aku je yang baru nak tergelak tengok. Kalau dalam 300 kan dorang berperang betul2 kan. Tapi dalam filem ni, dorang bukan nak perang, tapi berjoget pulak. HAhahahahahha.  Apa yang dapat aku share kat sini cuma dia punya triler dan juga satu video filem ni la.







Hahahaha gelak la korang. Ok nanti bila ada lagi yang lawak, aku post la kalau rajin ye? Sampai di sini sahaja la dari aku untuk kali ni. Salam. =))






Tahniah Buat Barcelona

Salam readers. Tak ada apa yang complex cuma apa yang aku nk kongsi di sini adalah antara perkara yang penting dalam dunia aku sendiri. Kempen Liga Juara-Juara Eropah yang berakhir pada hari ini (28.5.2011). Waktu di sana akhirnya dijuarai oleh pasukan bola sepak kesukaan aku iaitu Barcelona yang telah menewaskan team Manchester United 3-1.. Sorry ye peminat Man U. Cuba lagi di lain hari. Eah salah.... di lain tahun... Hahaha. Ha tapi yang kecewanya aku tak dapat nak menyaksikan perlawanan tersebut la atas sebab2 tertentu.
Perlawanan antara mereka bertempat di stadium Wembley, London. Kira Man U ni tuan rumah la. Bukan Man U tak hebat, cuma nasib mungkin lebih kepada Barca kot.








Apa pun ,tahniah buat Barcelona. Teruskan prestasi anda untuk musim akan datang.Tu lah harapan peminat anda seperti saya  =)). You are the champion....






Selamat Datang UiTM Nazri




Selamat Datang Ke UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah wahai Nazri.. =))



1. Daftar kolej. Ok fine. Aku kena tukar kolej lain. 

2.Sampai bilik. Owh bilikku syurgaku. Biar lah kecik, xseberapa, tapi yang penting bersyukur dapat tempat       tinggal.

3. Rupanya bukan aku seorang saja, tapi budak bilik lama aku pun sebilik dengan aku juga. Senang hati gue.

4.Kemas bilik, susun baju semua la.

5. Sabun mandi aku baru beli hilang. Sungguh misteri

6. Isnin ( 30.5.2011) kelas pun bermula.

7. Sayang UiTM.



Hah, ni (di bawah) adalah jadual kelas aku. Jumaat petang aku tak ada kelas, oleh yang demikian, aku boleh la balik Jumaat petang. =) Best tak xbest kan? Sangat seronok... =)
Ops, Bukan DPA 2A ye, Tapi DPA 3A. Harap maklum



Friday, 27 May 2011

Tujuan Sebenarnya Apa Ya?

Salam semua. Apa khabar? Sihat? Gembira ? Ceria ? Keria ? eah kelakar la pulak....
Dah, aku tak nak membebel panjang-panjang. Apa pun aku sentiasa mengucapkan selamat sejahtera kepada anda semua. Ni hah, aku ada perkara yang nak dikongsikan ni. Ha, tapi semua ni cuma pada pandangan aku sahaja la, mungkin pada pandangan orang lain tu lain. Dah nama pun orang lain.
Baik aku nak tanya korang la, korang perasan tak kadang-kadang kan manusia ni mengikut, melakukan sesuatu perkara ni bukan disebabkan oleh tujuan utama sesuatu perkara itu dilakukan, tetapi disebabkan oleh perkara sampingan yang lain. Tak faham. Meh aku bagi contoh ea.


1. Ok , korang bayangkan la anda sedang memandu kereta ni. Jam pukul 2 pagi dan anda sekarang sedang berhenti sebab lampu isyarat bewarna merah . Ok apa yang anda fikir? "hum jalan je la, mana ada kereta".."Atau pun eah mane ada polis, jalan je la"..Hah, bukankah kita ni berhenti masa lampu merah sebab nak menjamin keselamatan kita? Kot2 ada lori ke? Tak mampiuh korang kena gilis? Uishhhhh


2. Hah kenapa seorang perokok perlu berhenti merokok? "Pasal tak ada duit la beb". Atau pun, "hah nak jimat duit la, rokok dah makin mahal sekarang ni". Bukankah perokok2 ni perlu berhenti merokok sebab tabiat tu akan membahayakan kesihatan mereka?. Ye jangan nak membebel, aku merokok jugak...



3.Kenapa korang belajar tinggi2 sampai tahap ijazah, master, PhD? "Hah nanti senang dapat kerja".. " Nanti besar hidup senang" . Hah bukan ke tujuan utama belajar tu nak mencari ilmu? Melengkapkan diri kita dengan ilmu. Tapi apa yang kita kejar? Kehidupan.



Hah dah faham sekarang? Apa pun semua tu cuma lah pandangan aku sahaja. Kalau ada sesiapa yang ada pandangan yang berbeza, itu semua hak anda.. Baik sampai di sini sahaja buat masa ini. Salam hormat dari Nazri. =))




Thursday, 26 May 2011

I'm sorry my dear



Salam.. untuk ruangan kali ni aku nak share something la..Hurm sejak aku dan dia couple, kitorang xjumpa lagi sebenarnya la.. hurm mcm2 halangan menimpa. Lagi2 die SPM tahun  ni. Jadi dalam masa 3 minggu ni dia ada percubaan SPM. Jadi pastinya aku lebih menggalakkan dia tumpukan perhatian pada pelajaran dia. Hurm tu satu hal. Hurm hal ni pulak baru terjadi la. Ye dia dah abes percubaan tuh, jadi ni la masa yang paling sesuai kitorang nak date, tapi yang slek nyer aku ni la. Terpaksa balik Melaka awal. Hurm i'm so sorry my dear. I xsengaja atas semua ni....Tapi aku tahu, dia kecewa. Dia tak beritahu pun aku da tahu dah perasaan dia macam mana. Aku tahu dia....Hanya maaf je yang aku dapat sampaikan....Aku xsengaja.... =(
.Dia nak sangat jumpa aku. Tapi tu lah... Macam2...hurm Sekali lagi saya mintak maaf ..... Tapi minggu depan aku balik JB semula.. Doakan lah kitorang dapat bertemu....Haish.......



F,, I'M SORRY...................................................................................I LOVE YOU.......




                                              =((     (double sad)







Saturday, 21 May 2011

Bolehkah Manusia Melihat Makhluk Halus????

Assalammualaikum semua.. Ok kali ni aku nak share la sikit pasai makhluk halus. Kadang-kadang kan ada sesetengah orang ataupun individu-individu tertentu yang mendakwa dapat melihat makhluk halus. Timbul pelbagai persoalan dalam fikiran kita semua. Sejauh mana kebenarannya? Teruskan membaca.....




Ayat al-Quran yang saudara maksudkan memang wujud. Dalam Surah al-A’raf ayat 27, Allah mengisahkan (mafhumnya), “…..Bahawa mereka itu (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka…..”
Kebiasaannya mereka (makhluk halus) dapat melihat kamu manusia, sedangkan manusia tidak boleh melihat mereka dalam keadaan rupa mereka yang asal.
Namun apabila makhluk ini telah menyerupai rupa-rupa yang Allah izinkan, maka mereka boleh menyerupai makhluk tertentu, dan ketika itu manusia boleh melihat mereka.
Bukti jelas dalam al-Quran yang mengisahkan bahawa mereka (makhluk halus) boleh menyerupai manusia. Disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mafhumnya), “Dan ketika syaitan menjadikan manusia memandang elok dan baik pekerjaan mereka, dan mengatakan tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini (perang Badar) dan sesungguhnya aku pelindung kamu sekelian. Tatkala kedua pasukan telah berhadap-hadapan untuk berperang, (syaitan) dia cabut lari seraya berkata ‘sesungguhnya kami berlepas diri daripada kalian, sesungguhnya kami dapat melihat apa yang kalian tidak dapat lihat’. Sesungguhnya kami sangat takut kepada Allah dan Allah amat dahsyat seksaan-Nya.”
Tafsir al-Qurtubi sebagai contoh, Musyirikin dalam perang Badar yang gentar untuk memerangi tentera Islam, tiba-tiba muncul di hadapan mereka, satu pasukan peperangan yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Ju’ashum. Suraqah memang dikenali, beliau dari suku Bani Bakr. Beliau dengan tenteranya amat ditakuti oleh Quraisy kerana latar belakang permusuhan mereka dengan Bani Bakr ini.
Bila Suraqah menjanjikan untuk membantu mereka mengalahkan tentera Islam, maka tentera kuffar menjadi lebih berani. Peperangan bermula, tetapi Suraqah dan kuncu-kuncunya cabut lari. Akhirnya kuffar ditewaskan oleh tentera Islam.
Sahih daripada ayat ini ditafsikan dengan muktabar bahawa, yang berkata-kata dengan tentera kuffar adalah syaitan yang menyerupai manusia secara khusus seperti Suraqah bin Malik.
Dalam Surah al-Anfaal ayat 30 (mafhumnya), “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir mengaturkan satu tipu helah jahat untuk mencelakakan engkau (Muhammad), menangkap ,atau membunuh kamu atau mengusir kamu. Mereka membuat perencanaan dan Allah membuat rencana pula, tetapi Allah Perencana yang terbaik.”
Tafsir Annasafi juzuk 9 halaman 199, mencatatkan peristiwa kuffar mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah untuk memutuskan perihal Muhammad, ketika pembesar Quraisy hendak bermesyuarat, mereka ditemui oleh seorang pemimpin daripada puak Najdi, atau Syaikhu Najdi datang khusus untuk menyertai mereka memberi pandangan, Quraisy Makkah membenarkan Syaikhu Najdi turut sama dalam mesyuarat mereka yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad.
Syaikhu Najdi ini sebenarnya adalah Iblis laknatullah yang menyamar.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah pergi berdakwah di kalangan makhluk jin. Sahabat seperi Abu Hurairah r.a pernah menangkap syaitan yang menganggu dan mencuri barang makanan yang dijaga dalam simpanan Baitul Mal. Ammar bin Yasir pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.
Semua ini membuktikan bahawa makhluk halus memang boleh menyerupai berbagai rupa. Tetapi mereka tidak mudah sesukahati hendak berupa sedemikian disebabkan ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan manusia, kerana Allah mengawal manusia dengan rahmat-Nya.




Sumber : http://www.harakahdaily.my/bolehkah-manusia-melihat-makhluk-halus





Thursday, 19 May 2011

Selamat Hari Jadi Nazri....

Salam semua.. hari ni hari jumaat bertarikh 20 mei 2011.. Tahu hari apa? Hari jadi aku la.Umur aku kini meningkat satu angka lagi..!!!. Happy Birthday Nazri... Semoga kamu diberkati hidup, murah rezeki dan bahagia selalu..... <3....




Selamat Ulang Tahun yg ke 19 Nazri.. Walaupun menyambut
hari jadi tanpa hadiah, tapi aku tetap bahagia... Semoga
semua impian dan harapan aku menjadi kenyataan suatu
hari nanti... <3


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Jauh dari sudut hati aku aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana
masih lagi memberi aku kesempatan dalam hidup ini dan memikul
tanggungjawab sebagai hambaNya, anak, sahabat dan sebagai seorang pelajar..
Semoga hidup aku akan sentiasa diberkatiNya selalu....
AMIN









Tuesday, 17 May 2011

Aku Dan Motor Karatku

Salam semua ( xade orang pun ).. haha ok,,currently skg pukul 8.50 a.m dan aku still xdapat tido sejak malam tadi... Jangan tanya kenapa ..maybe aku ada insomnia tak? Ntah...Dah , bukan tu yang aku nk post, tapi aku nak post pasal satu harta pusaka aku ni hah... Ape? Motor aku la...ala, nak beli kereta mana aku ada duit? Pakai la motor dulu.. Tapi aku x kisah langsung pun... Owh ye ,,kalau nak tahu motor tu adalah hadiah yang aku dapat time aku dapat 7 A dalam PMR masa tahun 2007 dulu... Fuiyyy... Aku masih ingat lagi before aku dapat motor tu, sorang member aku ni dah pakai motor dah..Wah, maka jeles lah aku wei.... Ok tak pe, aku relek la dulu... Aku dok fikir, bila aku nak ada motor sendiri kan? Hah, tup2, rezeki Allah bagi, dah la PMR 7 A, dapat hadiah motor sebijik pulak.. Adui, terharu lah aku wei..Ala, even motor pun aku dah bersyukur kot. Ok la tu kan.? hah ala, motor wave je tapi memberi seribu makna dalam hidup aku... Aku akui aku memang x geti nk jaga motor aku tuh,,Aku pakai, isi minyak jalan..Tu je la aku.. Ala bukan xnk menjaga tapi mcm malas je. Basuh pun kadang2 je la .Tu pun kalau aku rajin la..Hurm lama2 Motor aku tu dah makin pudar warnanya. Dah jadi merah kelabu..Hahahak... Tuh yang member aku sekor ni ckp aku 'motor karat'....
Hah,, motor karat x karat la kan,, janji aku pakai . Time tu kesedaran aku terhadap penjagaan harta benda ni kurang.. Maklum la,, brg2 aku byk duit mak ayah ,,jadi kesedaran tu kurang.. Lain la kalau aku beli sendiri. Tapi kalau korang nak tahu, motor tu la yang banyak berjasa pada aku, Hah aku masa form 4 dah start keje part time kalau cuti la. Hah motor tu la yang jadi transport aku. Hah kdg2 amek member aku balik keje pun ada jugak tahu? Bertapa berjasanya motor tu... Tapi dalam berjasanya motor aku ni, ada suatu yang tak kena dengan beliau...Untuk pengetahuan, selain daripada aku, sesiapa yang bawak motor aku, mesti eksiden.. Ye betul ,ini suatu fakta. Tak pasti la sama ada secara kebetulan atau sebagainya. Tapi hal ni memang terjadi. Contohnya masa malam merdeka tak salah aku. Hah biasa la darah muda kan. Aku ngan member2 da plan nak g Dataran Merdeka kat JB la ni an, sebelum tuh, mem aku sorang nk g balik jap amek helmet, Then, masa dia ondaway nak ke tempat aku n member2 lepak dia call n cakap dia eksiden... Ok.. Fok aku bengkok wei... Tapi fok xapa, Bengkok boleh betulkan,, Tapi kalau kaki, tangan, tengkuk dia yang bengkok? hahaha,, Apa pun kejadian tuh dah lepas, n syukur la dia tak papa n selamat, just luka2 sikit je la..
Ok peristiwa satu lagi nih masa birthday sorang kawan aku. Masa tu ,  birthday dia sama tarikh dengan hari Tahun Baru Cina.. Kitorang tukar motor time tu, aku bawak motor dia dan sebaliknya la. Ok, bwk punya bwk tiba2, fuh,, aku just tengok dari sidemirror je.. Bersepah member aku kat belakang. Die dok g selit kat bawak satu khemah , pastu tersangkut kat tali khemah tuh.. Ok, eksiden lagi... Terima kasih kawan.. =) Kali ni lampu signal aku bersepah la..Cantek,, mata kanan buta... Owh tidak, aku tak berapa suka bila motor aku eksiden ada yang cacat. Huh. Ok la tak pe la kan, benda dah jadi nak buat macam mana kan? Hahah, yang paling tak boleh bla, aku nampak member aku yang bonceng motor dari side mirror je tu macam kepala dia terputus. HAHAHAHA. Sumpah kelakar. Tapi masa tu aku serius cuak giler. Ingat betul2, sek baik tak. Jadi kesimpulannya cermin ni penipu. ok? Haha pas eksiden tuh ada la sorang india ni tolong sikit, pasal kejadian tu berlaku di depan bengkel kereta tempat dia bekerja la. Ok pas tu kitorang duk lepak tepi jap, cuci luka dan sebagainya la. Tepat jam 12 tengah malam. Bunga api pun keluar. Tahun Baru Cina katakan. Haha macam nganjing pun ada jugak. Kira eksiden member aku yang bawak motor aku sampai jatuh langgar tali tu ni disambut la. Birthday dia pulak masa tu.
Tak lama lepas tu aku pun buat balik la motor aku tu. Sek baik sikit je. Tapi wangnya dia orang tanggung la.











Saturday, 14 May 2011

Kegilaan Terbaru Aku...

Salam readers.....Bosan kan? Hah aku pun bosan sejak cuiti semester nih... Boring beb tak tahu nak wat pe...Kalau malam asyik nak lepak je bosan jugak beb....setakat jalan2 pusing2 hahah bosan dan penat..Memang ini lah yang terjadi pada aku time cuti.. Nasib baik cuti aku kali ni 3 minggu je..Kalau sebulan, lebam aku duk umah...hahha...
Oleh yang demikian, maka adalah satu game nih yang telah menjadi kegilaan aku...Korang kena faham, aku bosan tahu? Ha jadi game ni lah yang menjadi peneman aku ... Game apa?






YEAHHHH Defence of The Ancient (DoTA)......Hahhahahahahhahah..Untuk pengetahuan korang, game nih orang dah lama main dah.. Cuma aku je yang baru nak main....Hah dulu aku x minat gila game nih...sumpah aku tak tipu... Tapi ntah macam mana la aku ley tersangkut pulak dengan game nih....Kemarok lak tu..Aku penah tak tido seharian semata mata kerana game nih punya pasal tahu? Haha apa yang best sangat DoTA ni? hah kalau korang nak tahu, game nih melibatkan kepala otak kita dalam menyusun strategi dan juga semangat berpasukan kita dalam menghadapi musuh...Ye, betul...Macam mana korang nak pasang strategi semua tuh guna otak dan korang fikir la sendiri macam mana nak buat.. Hah bagi yang baru nak berkecimpung dalam bidang nih memang la agak susah sikit korang nak main. Lagi2 hero lawan jenis yang hebat2 ,,Owh ye untuk pengatahuan, hero computer ni dorang ada double experience... Jadi walaupun dorang baru level 5, tapi mak datuk, barang dorang memang power, ...Oleh itu, aku prefer kepada yang baru nak main game nih,,korang men custom game je dulu... Pelahan lahan korang cuba beli barang dan sebagainya.. hah lama2 nanti korang power jugak...Alah, game je kot... Bukan apa pun........





Hah ni lah antara Hero2 dalam game DoTA nih...



Hah ni la semua Hero2 yang ada dalam DoTA ni....



Jadi kalau mahu meningkatkan tahap DoTA korang joinlah Garena yang merupakan platform online game terbesar dunia setakat ini. Ramai yang belum pernah main DoTa ni kata game yang bosan lah, game budak-budak lah. Tapi dah main Konfem duduk kat depan PC jer la kerja. Macam aku ni pun juga salah seorang dari DoTA Addict. Hahaha. Addict DoTA tidak apa, jangan ja addict benda-benda merosakkan minda dan kelakuan macam arak,dadah,gam dan sebagainya. Sayanglah diri Anda,Keluarga dan Orang lain.
Berbalik pula pasal DoTA, Hero Fevret aku memang banyak tapi bergantung kepada situasi. Sebab ada hero-hero tertentu yang ada kelemahan dengan hero lain. Jadi aku biasa mengamalkan last choose. Tapi aku memang prefer dengan hero Agility dan Intellingent la berbanding hero Strenght. Tapi kemaruk aku nih tak ada lah sampai nak  tersenarai dalam Malaysia top 10 DoTA player.Hahaha,,itu  bukan kemaruk lagi tuh.. tuh dah tahap gila babi tuh.... Hehehe.. OK lah. Itu sahaja nak dikongisikan di post kali nih.... Kering idea ni woi. haha.. Daaa.. XD

Wednesday, 11 May 2011

Bila aku bosan....

Salam readers...Hurm walaupn wat masa ni followers aku xada,, aku still sebut readers atau semua,,,hahah dah gila agaknya,,,,hahaha hurm lama x post kn..? So kali ni aku post la pasal apa ya? Hah pasai bilo che rasa busan,,,hahahah... Due tiga hari lepas sangat lah membosankan bagi aku...fui bosan beb tak tipu punya...Aku dan member2 aku lepak rumah aku je la....Kalau korang nak tahu budak2 nih memang suka lepak rumah aku... 'Warung' org kata...tapi warung aku ni style sikit...semua ada... nk tengok wayang? ada....nk main poker? ada...
nk minum2? ada...teh ais,,,sirap limau dan sebagainya..ada...jangan risau la...Warung 67 aku panggil...hahhaha..nk nyamuk??pun ada..hahahah..sikit agaknya nyamuk agaknya...hahah.. penternak nyamuk....
Okey2,, maka dipendekkan cerita...agak2 dalam pukul 12 am gitu la...kitorang pun gerak la..pe lagi... Tapi kata Haris " lambat lagi.." ahahh...dah2,,,tunggu dok lepak umah aku je apa guna? bagi nyamuk isap darah je la...banyak cantik nyamuk2 tu...maklumlah,,sekarang JB ni panas..bahang..mlm pun panas..apetah lagi tengahari..bukan kipas,,tapi berpeluh...perh...ok2,,sambung2.....
Yeah  chicken chop...hahhaha...muka aku agak
berminyak la time nih..ha yang kat sebelah
aku tuh name die Haris....berubah sudah die ...bagus2..
Jadi kitorang pun gerak la g bandar..hurm xbanyak perubahan yang aku nampak kat JB ni... budaya rempit still ada lagi...tapi aku tengok fly over kat depan hospital tuh mcm dah nk siap...tapi ntah bilo nak siap tu aku pun xtau la.....dah lama x balik JB ni aku rasa jakun la pulak..hahah..kitorang mula2 makan chicken chop kat hutan bandar sane tuh...kitorang sampai dalam 1.50 am kalau tak silap aku la...tapi tempat tuh tutup pukul 3 pagi...ok,,lepak jap situ merasa chicken chop...yeahh chicken chop...








Yang ini name die suhib..bos kami semua..
apa2 sahaja yang diberitahu mesti
dilaksanakan...segalanya untuk suhib..ahhaha
owh ye yang asap2 sekeliling dia ni bukan hantu ye.
tapi asap rokok..Harap maklum..


Hahahha..yang pakai merah ni nama dia Akmal,,
Tapi nama glemer dia GLEBER..hahah
Panjang citernya mcm mane dia boleh dapat nama tu.
hahahahahhah

p/s : Suhib,,chicken chop untuk kau..makan,,makan

Bos Garing (kanan)..hahahahha

Haris, muka bercahaya..ahahahha
                                                                                  

Ok2..sesi chicken chop pun berakhir kira2 pukul 3 pagi gitu la..ahahha mane destinasi seterusnya? hahah mesti la toilet...sumpah time tu aku nak terkencing gile...hahah kitorang pun cari la petronas yang paling dekat kat situ...Fuhhhhhh lega....ngantokkk...Hahahaha....Ok, then kitorang pun mencari idea nak gi mane...hurm maka kitorang pun merempit la sampai ke Stulang Laut...fuiyy... Tapi masih lagi permandangan yang same je aku tegok sejak dulu lagi... Kaki clubbing memang la bersepah kat JB ni...Sape nk mara,,? Tak ade org nk amek port beb...Nak lepak ngan awek korg kat laut pu sampai subuh sape nak mara? xade sape.....Hurmm..
Ok2..mcm biasa la bila dah bosan lepak sana kitorang pun cari la port baru...jalan punya jalan x jumpa2 tempat yang best nk lepak...asyik2 kedai makan....tadi dah berchicken chop ,ha xkan nk lepak kedai makan lagi..? bosan2... biasa la kalau kat JB ni, nk port kat tempat2 top kena stand by DUIT.. ha..DUIT.....tawu.. tak ada duit, jalan,,tengok je la..melopong...Ada duit,,lupa diri,,enjoy...dunia kita yang punya...salah tu...ok?
Dah la ,,merek je aku ni... hah dipendekkan cerita,, jalan punya jalan akhirnya jumpa la kitorang dengan satu tempat yang sangat best....SANGAT BEST... nk tau kat mane?
                                                                       
 YEAH...Semestinya di tepi pantai Lido yang kat tepi jalan tuh..Otak lah...syok gile wei kat situ...HAHAHAHAHAHAHA...Ni la jadi bila aku dan mereka BOSAN.... hurm asalnya nak tengok mat rempit berlumba..haha tapi tak kuar2 pun mat rempitnya..jadi kitorang pun port jela kat situ....HAHAHA..








Best tak port nih? best.. Tepi jalan...

Ini sebenarnya aksi Gleber sebelum beliau
terjatuhkan helmet Haris
(tak payah ayat skema sangat )

Macam Garing siak..





Hahaha.. ni la yang terjadi pada kitorang pada malam tuh....Hahaha.. Hah sebelum aku terlupa...siapa yang amek gambar2 kitorang nih semua? Misteri kan beliau? Hahah... Tengok kat bawah nih....



Hah ni la tukang amek gambor kitorang..
Azrin nama dia tapi name glemer die BATANG..
Glemer kan? jangan tanya kenapa die
dapat nama tu. ok? Soalan sensetif tuh..
Dia pun part of our gang la time lepak2 tuh...
Gambar beliau xade dalam hp aku..aku tak amek la..
Sorry Batang.....Tapi ape pun, thanks for your service ok...?
hahaa


Ok,, sampai itu sahaja lah yang dapat aku post untuk kali nih....Ok,, lain kali kalau ada citer best lagi aku akan post ASAP..orait? Ok ,, SALAM semua,,dan selamat malam