Tuesday, 31 May 2011

Jeng3 Jeng

Salam semua... Apa khabar anda semua?  Harap semua berada dalam keadaan baik sihat sejahtera hendaknya. Ada yang tertanya2 sama ada aku ni single ke taken ? Hah untuk post kali ni aku nak buat satu pendedahan berani mati la. Bagi pihak2 yang ada kurang senang dengan post ini, aku minta maaf ye..? =)) peace no war..




 Hah, siapa gerang si dia ni.? Hah ni la gf aku. Nama penuh si dia ni Nur Fasiha bte Mustapha
Bila dipendekkan panggil Siha je la. Berasal dari Johor Bahru dekat je dengan rumah aku. So senang kalau nak jumpa dia. Bila aku nak cerita macam mana we all boleh berkenalan, hahaha memang kelakar la, dan pada aku itu semua kenangan yang aku akan ingat sepanjang hidup aku la. Teruskan lah membaca ye..


Berikut adalah tarikh serta peristiwa2 yang berlaku sepanjang perkenalan aku dan dia sampai la sekarang :

1. Selepas aku clash dgn ex aku yang lama lebih kurang 2 bulan la, aku mula kenal dengan Fasiha. Ok, aku minta no dia. Hehehe. =))

2. Pada 5.3.2011 aku beritahu dia semua tentang diri aku dan sikap aku terhadap perempuan. Dia pun begitu juga dan aku faham.

3. Pada 15.3.2011 aku mula luahkan perasaan aku pada dia. Hehehe. jiwang2.. Ah, peduli apa aku, aku boss blog ni, suka hati aku la... =))  Tapi tu la dia akan menduduki SPM tahun ni, jadi dia minta aku faham. Aku pun tak nak ganggu pelajaran dia. Jadi aku tak declare lagi la. Aku janji tunggu dia sampai dia habis SPM , and then baru la aku declare.

4. Kitorang terus berhubung melalui phone . Boleh katakan kerap la ber sms. hahaha. Baik declare teruskan?

5. 9.4.2011 aku beritahu dia yang aku ni kuat jeles. Haahhahahahaha

6. Peristiwa 17.4.2011 welcome to my life. <3

7. Hah yang ini tarikh penting. 22.4.2011 maka aku pun declare la dengan dia. Dah xsabar sgt nk tunggu sampai dia SPM punya pasal la nih.Hahahahaha.


Maka hubungan pun kami sampai la sekarang ni ok je. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. AMIN




Apa yang aku suka tentang dia?


Korang nak tahu kan kenapa dia ? bukan orang lain..? Dan apa yang aku suka tentang dia?

1. Dia seorang yang simple. Kalau keluar tak make up pun. Tapi tetap cantik pada aku. =)

2. Dia seorang yang memahami. Contohnya rokok. Aku memang seorang perokok. Tapi dia tak ada la nak suruh aku berhenti mendadak. Dia minta aku berhenti sikit2 lama jadi bukit. I like.

3. Aku rasa tenang lak dengan dia. Ntah, aku rasa cepat sesuaikan diri dengan dia. Kira aku selesa la bila bersama dia.

4. Pandai pujuk. Ni yang paling best. Hahah kadang2 aku sengaja je buat2 merajuk nak tengok dia ni pandai tak pujuk. Owh pandai rupanya.

5.Pandai amek hati aku. Haah, dia memang seorang yang pandai ambil hati aku. Tak tahu la dia ampu je ke atau saja nk pujuk. hahahah

6. Ni aku nak cakap suka sangat pun tak boleh jugak. Dia suka kenakan aku. Haishhh, geram. tapi bila aku cuba positifkannya , aku menganggap semua itu sebagai satu hiburan sahaja. =)


Haha itu la tadi sedikit sebanyak tentang dia yang aku kenal. Harap dia tak berubah pada masa akan datang. Siapa dia yang aku kenal sekarang , dia jugalah yang aku kenal pada masa akan datang..


Sekian Terima Kasih...............







3 comments:

  1. alahai syg nie , hehe. malu la kita :S
    ily <3

    ReplyDelete
  2. wahh O_O ~ HEBAT2XX NAZRI da ade y punyeeee..
    gud luckk mr.NAZRI..pasnie da xya wat muke toya daa dlm klazzz..orait >_< hohohohaha

    ReplyDelete